2022 : The Ups and Down (Part 1)

❌❌❌ Awas! Entry ini sangat panjang. Ni aku buat ala-ala diari gituhhh. So, jangan cakap sis tak warning. ❌❌❌

Hey ho!

Dah lama betul tak update blog ni. Bila baca balik entry lama dari zaman jahiliah aku dulu.. ya Allah.. yang bukan- bukan je aku carutkan. Hahah. 

Andai ada manusia yang ternampak entry ni, silalah abaikan entry lama aku. Takyah la baca. Haha. Aku malas nak create blog baru. 

Since sekarang dah nak tiba hujung tahun 2022 (27/12/2022 tarikh entry ni ditaip), macam2 benda aku nk archieve kan. Terasa nak menaip panjang2 tapi taknak tulis guna pen & buku / diary. So aku nukilkan (gituhhh..ayat taknak kalah) kat blog ni la eh.

So, long story short..apa dah jadi dengan hidup aku sepanjang 2022 ni? Meh sini aku highlight sikit event penting:

January 2022

31/12/2021-02/01/2022 : Solo trip Kuantan-Melaka-Kuantan


Sempat menyinggah kat Jasin jumpa bff zaman kanak-kanak ribena kat mrsmkk 2002-2004. Hi Cika!

20/01/2022 : Milestone 2 tahun kerja dengan foodpanda Malaysia
Started the journey as a Business Development Manager & on 01/10/2021, started my new role as a Virtual Account Manager (nama position haruslah gempak ye kawan-kawan. Haha). 
Muka baru lepas bagi briefing kat peniaga-peniaga sme untuk program Transformasi Usahawan empower ECER kearah Formalisasi & Digitalisasi (back to back event bulan Ogos 2020) 
Layan event ni dari Jengka-Bera-Raub-Lipis-Cameron-Jengka. Pastu sambung pulak kat Jengka-Jerantut-Temerloh-Jengka. 
Kemain sis komited abis ngan 🐼


February 2022:

Settle bayar bulan-bulan pendamping aku ni ha setelah 10 tahun kais pagi makan pagi, kais petang nak bayar kereta ni (patut 9 tahun je tp time pkp covid19 tu aku tak bayar since ada moratorium. Terpaling terkesan sangat..haha)

Loan rumah lulus
Alhamdulillah. First experience uruskan benda serious camni sorang-sorang. Rasa dewasa sangat. Haha. Nanti la aku share details sebab rumahnya lamberrrtttt lagi nak siap. 

March 2022:

09/03/2022 : Kena Covid19. 😅 
Mula-mula mak abah je yang kena, pastu aku jaga diorang kat Jengka, end up dengan aku sekali kena. Tapi cepat-cepat aku balik Kuantan sebab malas nak susahkan mak abah nak jaga aku pulak time Covid19. Seksa ooo bila demam dia datang.



April 2022 :

31/03/2022 - 04/04/2022 : Solo trip ke Langkawi. 
Layan diri sorang-sorang kat Langkawi sempena birthday sendiri 01/04/2022. Sendu sissss. Sumpah tahun-tahun depan aku tak buat plan gila camni lagi. Hahah. Nanti aku buat entry lain pasal trip ni. Banyak benda aku nak archive. Senang esok-esok kalau nak gi lagi boleh refer sini.

May 2022 : Hidup normal seperti biasa. Takde apa nak highlight sangat. 🤭

June 2022 :

26/06/2022-27/06/2022 : Bercamping kat Pulau Redang. 
Jiwa kacau sikit time ni. Last minit plan gi Pulau Redang ngan kawan aku. Ni memang aku nak buat entry lain gak. Sama. Banyak benda aku nak archive. Hahaha

July 2022 :

13/07/2022 : Kereta aku kena langgar masa on the way balik dari Teluk Cempedak (TC). 
Yang paling aku takleh brain kan, masa kat TC tu aku ada la cerita kat kawan aku pasal kereta aku tu penah accident 25/07/2019 masa aku keje 7-Eleven dulu. Haha. Tau2 balik dari TC tu kena langgar puleeee.. Mujur yang langgar tu bos kedai kabinet A Craft Kitchen (popular gak la kat Kuantan ni).. So lepas langgar tu dia bagi nombor phone dia pastu dia suruh hantar workshop, nanti dia bayar semua. Pehhh. Terpaling mudah. Takde in denial terlanggar ke apa. Hahaha.
Inilah rupa si kacak aku ni lepas kena langgar. Habis 1 bonet bhai kena tukar. Orang yang langgar tu bawak 4wd. Memang penyet la bonet aku. 🤣


14/07/2022 : Lasek Day! 
Sepanjang hidup aku tak penah plan pun nak buat lasek. Lahhh. Tiba-tiba aku gi buat appointment ngan IESC (IIUM Eye Specialist Clinic) Kuantan back then few months ago. Masa buat appointment tu macam tak fikir apa sangat, bila dah nak tiba surgery day tu baru la terasa cemas. Hahah. Okay. Ni pun aku nak buat entry lain. 🤭

August 2022 :

10/08/2022 : Accident dengan budak moto kat simpang depan umah (Dataran Sekilau).
Lahhh. Accident lagi. Hahah. Suwey betul eh asyik accident je. Aku punya ncd memang tiap-tiap tahun 0%. Kereta dah abis bayar tapi insurans macam kereta baru. Asal accident je guna insurans. 
Motor budak yang langgar aku tu hancur. Mujur budak tu tak apa-apa. Kalau tak, satu keje pulak nak turun naik mahkamah. Aku masuk simpang, budak tu laju & memang jalan dia. So, by law aku salah la walaupun budak tu yang laju. Aku bayar je la saman, malas nak argue. Haha.


27/08/2022-31/08/2022 : Penang trip!!! 
Aku gi dengan kawan aku & dia banyak tangkap gambar lawa-lawa. Haha. So nanti aku nak dump kan gambar-gambar aku yang tak aib kat entry Penang trip. Tungguuuu. 😝

September 2022 :

02/09/2022 : Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan banjir hanyut di tengahari. 
Gituhhh. Cerita dia aku baru je masuk keje 01/09/2022 lepas cuti merdeka & baru balik dari Penang. Pagi tu aku dapat email dari HR panda. Dalam email tu tak tulis apa-apa details just mentioned Google Meet on 02/09/2022 dengan Jenn, Jay Ar, Yang & Syafiq. 
Aku contact Syafiq nak tanya gmeet tu pasal apa, dia pun tak tau. Rupa-rupanya, panda tengah dalam process nak Organizational Changes Restructure & kena cut beberapa head count. Yes. Aku lah salah sorang yang kena. In total dalam 80 orang kot yang terkesan. Speechless jugak aku masa gmeet tu. But.. yeah. Things happen. So aku pasrah je la walaupun down gila masa tu. Macam sekelip mata je aku jobless. Aku kerja panda dah 2 tahun lebih kot. Tau-tau kena retrenchment. Pedih.

09/09/2022 : Last day aku keje kat panda. 
Short notice gila kan. Sejak dari aku tau aku kena retrenchment tu, hari-hari aku nangis. Orang nampak aku macam tenang je, padahal dalam hati aku tak keruan. Down sangat. Rasa diri useless. Kenapa aku??? Gila down terukkk aku masa tu.  Tapi dalam masa yang sama aku cari kerja lain. Dalam Pahang, luar Pahang, keje exec, keje non exec.. Aku apply je. Banyak komitmen wey aku ni haaaa. 
Tapi alhamdulillah. On my last day kat panda, aku dapat call dari hiring team grabfood (Grace). Dia nak arrange aku interview dengan boss AM team East Coast (EC) grabfood. Mixed feelings kot time tu. Nervous & excited. Bercampur-baur. Haha. 

Lepas tarikh keramat 09/09/2022 macam-macam la aktiviti yang aku buat atas dasar nak tenangkan jiwa kacau bilau aku tu. Hahaha. 
Antaranya gi karoke 2 jam sorang-sorang, gi check-in sorang-sorang kat Hotel Ancasa Royale Pekan, gi LHDN Cheras untuk buat tax clearance, pegi facial, pegi Hatyai.. pastu gi kl lagi (tengok kawan aku patah kaki. Alasan je ni. Padahal memang nak jalan-jalan.hahaha).. Dah la kereta takde (masih kat workshop). Dah macam backpacker rasa. Gi sana sini naik bas.. kalau dekat-dekat naik grab. Hahaha. 

Nanti aku sambung Part 2 pulak la. Banyak lagi aku nak taip sebenarnya ni. Tapi tu la.. macam dah panjang sangat ni. 🤦 

See ya!

Comments

Popular posts from this blog

Reading Entries for February M05

Describing things

saya xpndai speaking!