Part 2: The Ups & Down
❌❌❌ Awas! Entry ini sangat panjang. Sambung dari last post. So, jangan cakap sis tak warning. ❌❌❌
Hari ini dah 31/12/2022. Last day of 2022. Cepat gila masa berlalu kan.. Banyak lagi benda aku nak share tapi tak share lagi. Haha. So sekarang aku nak sambung apa jadik dengan hidup aku lepas 09/09/2022. Mari!
September 2022
12/09/2022 : Masa ni aku still jiwa kacau sebab aku masih serabut perut fikir pasal tengah jobless. Aku decide untuk tak bagitau parent aku pasal kena retrenchment sebab aku taknak diorang susah hati. Aku just bagitau adik beradik aku & ada la sorang dua kawan-kawan yang tau indirectly. Untuk tidak mencurigakan mak abah, aku tetap teruskan hidup aku kat Kuantan. Aku pun staycation kat Hotel Ancasa Royala Pekan. Not bad la.. Bilik dia besar sangat & environment kat hotel tu cosy sangat. Nanti la kalau aku rajin, aku share details pasal staycation aku tu. Hahah.
21/09/2022 : Buat tax clearance kat LHDN Cheras
Memandangkan aku ni kena retrenchment, panda bayar aku sewajarnya dan ada jugak lain-lain benefits yang aku dapat (Basic pay, Leave, Allowance, Severance Pay etc).
Tapi untuk dapatkan Severance Pay (Apa itu? Boleh baca kat sini... https://ins-globalconsulting.com/news-post/severance-pay-malaysia/#:~:text=15%20days'%20compensation%20for%20each,under%20a%20continued%20employment%20contract. ) , aku kena buat tax clearance kat LHDN. Bila aku call LHDN, dia cakap kena buat clearance kat LHDN yang bukak file aku. Ye Tuan-Tuan & Puan-Puan.. Memang aku punya file cukai tu bukak kat Cheras kan. Nak tak nak kena la aku berkelana membawa diri ke Kolumpo (KL) secara backpacking dengan bas sebab kereta aku masih tersadai kat workshop lepas accident ngan budak motor (refer post lepas). Naik bas, turun bas, naik tren tukar tren, maka sampai la jugak aku kat LHDN Cheras. Menapak mat dari LRT Maluri sampai kat Menara PGRM. Hahaha. Settle urusan kejap je tapi aku stay gak la 2 malam kat Kolumpo. Sekali lagi, melayan diri sendiri. Hahah
October 2022
01/10/2022 - 03/10/2022 : Hatyai Trip!!!
Gigih aku gi buat passport kat UTC Kuantan 28/09/2022 tu.. Dah la q panjang. Aku gi ngn kawan aku (Amir). Sekali tiba turn aku, IC aku kena reject sebab IC lama. So aku kena gi tukar IC dulu. Elok je IC aku siap, kaunter Imigresen pun tutup.. Alaaa.. suwey betul rasa.. hahaha . So, Amir proceed buat passport dia je la.
Esok tu 29/10/2022 kena la aku gi UTC Kuantan lagi sekali untuk settle kan passport aku tu.
19/10/2022 - 26/10/2022 : Kelantan & Terengganu Solo Trip
Dari Kuantan, aku drive sorang-sorang pegi umah kakak aku (acik) kat Kelantan. Aku memang tak tau jalan, memang fully follow Waze je. 🤭 End up, aku lalu jalan pantai sepanjang Terengganu ke Kelantan. Sampai satu kawasan ni area Pantai Penarek.. cantik weyy view dia. So aku singgah la lunch & layan perasaan dalam sejam dua before sambung perjalanan ke umah acik.
28/10/2022 - 30/10/2022 : Hantar Arisya (Eisya) masuk belaja
Eisya ni anak kakak aku yang sulung (Ayom). Kalau tengok post ni masa Ayom convo dulu kat sini si Eisya tu kecik comel lagi.. Selepas 12 tahun, dah teenager dah beliau. Dia dapat sambung belaja kat IPTS kat Cyberjaya. Belaja rajin-rajin Eisya!
07/11/2022 : Join Grabfood!
Setelah hampir 2 bulan aku jobless, I'm back! Alhamdulillah, aku dapat kerja kat Grabfood Kuantan. Actually aku memang penah apply keje kat Grabfood, tapi tak penah dapat interview pun. Masa sehari 2 sebelum last day aku kat Panda, aku tengok geng-geng yang kena retrenchment update status kat Linkedin (something like looking for a new opportunity camtu la). Aku pun tergerak nak join the bandwagon & update gak status aku. Alhamdulillah, masa last day aku kat Panda tu Grace call aku untuk arrange interview dengan Najmin.
Job scope sama je ngan kerja aku kat Panda. Tapi position nama lain sikit. Assistant Key Account Manager katanya. Sekali dah join, on paper Account Management Executive je sisss. Hahaha . Tak pe la kan. As long as ada kerja. Ni bukan kena scam ke apa. Memang kat job ads (for external use) guna nama position yang panjang-panjang tu. Tapi untuk internal use, memang guna nama AM Exec je. Haha. Sis terima seadanya.
By the way, nak dapat job ni kena lalu 4 lapis interview & 1 assignment. Aku ingat tak dapat dah. Tapi aku positive je anggap je la experience interview kan. Hahaha. Husnuzon kan.
1) Mula-mula interview dengan Grace (Hiring team). Tapi ni simple-simple je la. Tanya expected salary, working experience segala la & arrange interview dengan Najmin.
2) Next dengan Najmin (boss aku sekarang). Position beliau Commercial Specialist East Coast. He can be very strict tapi dalam masa yang sama he can be casual. Yang ni menduga jugak la. Tapi aku masih mampu bertenang.
3) Pastu kena buat AM (Account Management) Assignment. Yang ni aku kena jawab a few questions & kena bagi opinion apa yang kena buat untuk growth kan sesuatu business tu. Lebih kurang task AM je & aku present elok-elok dalam format Slideshow & complete dengan graf & chart. Gituhhh.
4) Next, Grace bagitau assignment aku tu pass & nak arrange interview dengan Scott (bos Najmin) & Najmin. Masa interview tu aku tak tau la otak aku kat mana. Tiba-tiba jadi tak berapa cerdik. Scott quite serious & strict. Soalan dia bagi semua menduga sangat. Najmin pun join strict jugak. Hahah. Masa ni aku dah rasa takpe la.. sis is give up. Tak dapat dah ni.. Aku siap dah bagitau Zaha (bos aku kat Panda dulu) & semua yang tau aku attend interview. Few days before aku gi Hatyai, Grace call bagitau aku dapat job tu. Alhamdulillah.. dapat la aku gi bercuti dengan tenang. Hahaha
5) Sekalinya 2 days before gi Hatyai, Najmin call aku for another round of short interview. Cemas sisss. Then, malam before gi Hatyai tu Grabfood dah email offer letter. Lega bak hang!
So bermulalah career aku dalam Grabfood...
Comments